Home » » BERHATI-HATI DENGAN ANTIVIRUS PALSU

BERHATI-HATI DENGAN ANTIVIRUS PALSU

Written By Uchiha Madara on Khamis, 7 Mac 2013 | 8:22 PTG


Gambar 1

Semakin canggih teknologi maka semakin canggih juga cara orang menipu, terutamanya penipuan internet. Salah satu contoh penipuan adalah penyebaran Antivirus palsu, penipuan yang kita tidak sedar  langsung.  Antivirus ini biasanya  memasuki komputer kita apabila kita memuatturun sesuatu file [ mp3,video,dll] dari internet  atau melawati laman web   lucah. Antivirus palsu ini beroperasi dengan cara menakut-nakutkan pengguna dan memberikan Maklumat palsu bahawa komputer  kita telah dijangkiti virus. Kemudian antivirus ini menyuruh membeli key ataupun lesen untuk pengaktifan bagi membolehkan produknya membersihkan virus didalam komputer kita. Selagi kita tidak membeli key atau lesen produk tersebut ia akan terus mengeluarkan pop up mengatakan Komputer kita dalam keadaan bahaya..Antivirus palsu ini masuk dalam kategori malware dan adware dan tidak terlalu membahayakan sistem komputer kita pada mulanya, tetapi secara perlahan-lahan malware yang lebih bahaya akan masuk ke komputer kita kerana Antivirus palsu ini tidak memberi apa-apa perlindungan pun kepada komputer kerana  Tujuannya hanya menipu pengguna komputer agar membeli produk yang tidak berguna langsung.Maklumat tambahan dari Admin pelbagai[dot]Com.

"Berdasarkan pengalaman saya ia banyak berada ditengah masyarakat underground site seperti crack, keygen dan serial. tersilap klik ikon download, padahlah anda.Saya pernah alami antivirus nie blok antivirus yang sebenar. formatting computer berpuluh-puluh kali kerana sewaktu dahulu saya gemar cracking game berbayar. Peluang yang cerah untuk mendapat antivirus ni apabila anda ghairah kepada software yang bermutu tinggi dengan percuma."
Maklumat tambahan
Antivirus palsu ini jika terinstall di komputer biarpun anda mempunyai Antivirus yang kuat sekalipun akan di disable oleh antivirus palsu dan firewall juga akan dibuka.
ianya memang betul Tetapi jangan risau diblog ini saya telahpun menapis semua software yang ada termasuk crack, Keygen dan patch.
Gambar 2

PERBANDINGAN ANTARA ANTIVIRUS SEBENAR DAN ANTIVIRUS PALSU

CIRI-CIRI ANTIVIRUS PALSU
1. Sentiasa mengeluarkan pop up yang mengatakan bahawa komputer  telah dijangkiti Virus walaupun setelah di scan berkali-kali.
2. Meminta agar membeli key activator Agar antivirus tersebut/produk tersebut dapat memadam virus yang ada didalam komputer. Ia hanya akan berhenti mengeluarkan pop up apabila anda telah membeli key tersebut.
3. Biasanya antivirus ini sendiri datang kepada anda dengan cara pop up yang muncul di browser yang mengatakan komputer anda telah dijangkiti oleh virus. Apabila anda klik kat pop up tu dengan secara automatik ia akan terus memuatturunkannya untuk anda.
4. Sangat sukar untuk di uninstall dan kalaupun Berjaya di uninstall secara biasa, pop up yang mengeluarkan amaran tetap akan keluar setiap kali anda hidupkan laptop / komputer.

Gambar 3

CIRI-CIRI ANTIVIRUS SEBENAR
1. ia tidak akan datang sendiri kepada anda melainkan anda sendiri yang datang ke laman web mereka untuk memuatturun antivirus yang anda perlukan.
2. Bagi antivirus Professional( Trial Version ) biasanya memberikan anda tempoh untuk mencubanya terlebih dahulu sebelum meminta agar anda membeli produk tersebut jika berpuashati terhadap produknya dan ia boleh di uninstal bila-bila masa yang anda mahu.
3. Langsung tidak mengeluarkan pop up tetapi sentiasa mengingatkan agar anda meng update database Antivirus tersebut agar virus serta malware ataupun yang seangkatan dengannya yang  terbaru dapat dikesan.

Gambar 4

Gambar 5

                                                                            Gambar 6

Gambar 7

Gambar 8

Gambar yang saya sertakan adalah antara Antivirus Palsu yang baru dan Sila berhati hati

![-_-]! Terima Kasih Kerana Singgah di blog ini

3 ulasan:

  1. Berdasarkan pengalaman saya ia banyak berada ditengah masyarakat underground site seperti crack, keygen dan serial. tersilap klik ikon download, padahlah anda.

    Saya pernah alami antivirus nie blok antivirus yang sebenar. formatting computer berpuluh-puluh kali kerana sewaktu dahulu saya gemar cracking game berbayar.

    Peluang yang cerah untuk mendapat antivirus ni apabila anda ghairah kepada software yang bermutu tinggi dengan percuma.

    admin pelbagai[dot]com

    BalasPadam
  2. Terima kasih..saya akan update lagi maklumat dari saudara.Terima kasih atas maklumat tambahan

    BalasPadam