Home » » CARA BOOT WINDOW KE SAFE MODE

CARA BOOT WINDOW KE SAFE MODE

Written By Uchiha Madara on 7 Feb 2013 | 23:22


  Sistem operasi Windows adalah sebuah program dengan struktur yang sangat kompleks dan setiap program yang ada akan menjalankan fungsinya masing – masing. Ketika melakukan “installation” atau   “uninstal” software dan hardware, ada kemungkinan akan timbul masalah atau berlaku konflik yang mungkin akan menyebabkan masalah pada komputer yang sukar dikesan. Untuk menyelesaikan konflik seperti ini, Windows telah menyertakan beberapa aplikasi asas bagi menyelesaikannya, salah satunya ialah safe mode.

 Windows Safe Mode adalah pilihan boot yang biasa digunakan untuk menjalankan komputer dengan keadaan terbatas. Hanya file dan driver asas sahaja yang diperlukan untuk menjalankan sistem operasi dalam mode ini. Driver grafik dan sound antara ciri yang tidak dijalankan dan itulah sebabnya ketika berada dalam Safe Mode, background image kelihatan buruk dan tiada bunyi. Secara umumnya safe mode adalah penyelesaian kepada masalah yang kita tidak tahu puncanya.
Cara Menjalankan Windows pada Safe Mode

 Biasanya tetapan umum untuk memasuki  Safe Mode adalah dengan menekan butang/button F8,F2 ada juga F9 ketika Windows sedang boot.
1. Restart atau hidupkan komputer.
2. Ketika komputer baru nak hidup, tekan butang/button F8,F2 atau F9 beberapa kali.
3. Jika berjaya masuk ke sistem advance menu akan kelihatan seperti gambar di atas. Jika gagal, maka ulang kembali dari langkah pertama.
 4. Gunakan butang/button panah pada keyboard untuk memilih Safe Mode dari pilihan yang sudah tersedia.
 5. Tekan ‘Enter’ untuk memasuki window dalam keadaan Safe Mode.
 
Cara Kedua Memasuki Safe Mode

System Configuration Utility
Jika gagal memasuki Safe mode dengan cara Pertama tadi boleh juga menggunakan cara kedua ni..lagi senang   

1.Klik  butang/button Start.
Pada Windows 8 : klik Run, untuk Windows Vista dan 7, Taip ‘run’ pada  search box dan tekan ENTER.
   
2. Taip ‘msconfig’ pada kotak Run dan tekan ENTER.
   
3. System Configuration Utility akan terbuka dan klik tab Boot dan ikuti yang saya tandakan dalam gambar di bawah.tandakan safe mode kemudian diikuti dengan minimal.
   

 Apa Kegunaan Safe Mode ?
 Safe Mode  digunakan untuk mengetahui Masalah  komputer  disebabkan oleh software/ driver, atau disebabkan oleh kerosakan komponen pada sistem operasi.Selain daripada itu ia juga di gunakan untuk meng’Crack’ software seperti Eset Smart Security..wkwkwkwkwk
semoga maklumat ini boleh membantu
Share this article :

1 ulasan:

  1. If you ωould like to obtaіn much fгom thіs
    рaragraph thеn you have to apply ѕuch methodѕ to your won web
    site.

    Feel free to vіѕіt my sіtе .
    .. wiki-paesaggio.arc.uniroma1.it

    BalasPadam

Uchiha Madara

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini. Silakan Download
 
Support : Google | Yandex | Bing
Copyright © 2013. Juslyteam Dot My | Free Download Software Full Version - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger