Cara Menggunakan Win To Flash

Cara Menggunakan Win To Flash


Win To Flash

Win To Flash adalah perisian ataupun software untuk membuat bootable disk USB. Perisian ini mampu membuat bootable disk USB walaupun selepas fail ISO diekstrak ( Merupakan kelebihan utama perisian ini ). Sebenarnya tutorial ini telah lama dibuat tetapi ketika ianya dibuat dulu masih lagi pada versi lama dan Admin telah memperbaharui tutorial ini sesuai dengan keluarnya versi terbaru Win To Flash.
Ok!! Kita teruskan cara membuat bootable disk USB menggunakan Win To Flash

1. Perkara pertama yang wajib ada ialah perisian ini sendiri. Muatturunnya disini


Win To Flash


2. Buka Win To Flash kemudian klik pada tab Advance. Rujuk gambar di atas, selepas itu pilih jenis windows yang hendak dibuat bootable disk USB. Pilih Transfer Windows Vista/2008/7/8 setup to USB drive ( Windows Vista,7,8 dan juga 8.1 ). Teruskan dengan klik pada butang Create.

Win To Flash

3. Ikut arahan berdasarkan nombor :
- 1. Pilih USB yang hendak dibuat bootable disk
- 2. Cari fail ISO yang hendak dibuat bootable disk. Jika fail ISO telah diekstrak cukup dengan memilih folder tempat fail ISO tersebut diekstrak.
- 3. Klik pada butang Run

Win To Flash

4.Tandakan pada tempat yang telah admin bulatkan, seterusnya klik Continue

Win To Flash

5. Klik pada butang OK

Win To Flash


Win To Flash

6. Proses untuk membuat bootable disk agak memakan masa sedikit, jadi kena sabarlah menunggu sehingga prosesnya selesai.
Jika cara ini agar sukar anda boleh juga menggunakan perisian lain seperti
-Windows 7 USB/DVD Tool
-Rufus
-Power ISO



Cara Menggunakan Win To Flash 9 Out Of 10 Based On 10 Ratings.9 User Reviews.
Share 'Cara Menggunakan Win To Flash' On ...

Ditulis oleh: Uchiha Madara - Apr 27, 2013
Uchiha Madara

Author :

Jika Perisian atau tutorial diblog ini membantu saudara dan saudari, Dengan penuh rasa hormat dan terima kasih Admin meminta agar kongsikan blog ini kepada kawan-kawan atau sesiapa sahaja ye!!Oh!!Ya dan Saudara /saudari baru saja membaca artikel berjudul Cara Menggunakan Win To Flash.
Share Artikel

Perisian lain yang menarik