Home » » CARA MENGUBAH RESOLUSI SCREEN NETBOOK

CARA MENGUBAH RESOLUSI SCREEN NETBOOK

Written By Uchiha Madara on Rabu, 15 Mei 2013 | 7:21 PTG


Biasanya masalah yang akan kita hadapi jika menginstall windows 8 pada netbook ialah resolusi screen yang tidak memenuhi syarat minimum untuk menggunakan sepenuhnya aplikasi pada windows 8. Resolusi asal  netbook  biasanya ialah 1024 x 600 sedangkan syarat minimum untuk windows 8 ialah 1024 x 768. Untuk menggunakan sepenuhnya aplikasi pada windows 8, saya akan memberi tutorial cara mengubah resolusi netbook agar dapat membuka serta menggunakan sepenuhnya aplikasi pada window 8.


1. Langkah yang pertama tekan kekunci windows diikuti dengan huruf R, kemudian taip Regedit seperti gambar di atas dan tekan Enter


2. Apabila Registry editor keluar tekan pula kekunci Ctrl diikuti Huruf F. Pada ruang Find What tu taip kan Display1_DownScalingSupported kemudian klik Find Next.


3. Jika ianya tidak dijumpai selepas klik pada Find Next tu, terpaksalah mencarinya secara manual.
HKEY_LOCAL_MACHINE / SYSTEM / Current Control Set / Control / Class / {4D36E968-E325-11CE-BFC1-08002BE10318} / 0000 Buka DWORD : Display1_DownScalingSupported  tukar value dari 0 jadi 1
Seperti gambar di atas. Selepas anda menukarnya sila restart komputer.


4. Selepas restart komputer, pergi ke desktop kemudian right klik dan pilih screen resolution


5. Tukar resolusi screen tu ke 1024 x 768. Siap..
**NOTA**
Cara ini saya lakukan terhadap netbook 1 malaysia tetapi bukan semua netbook boleh diubah resolusinya. Saya juga kurang arif kenapa begitu. Tetapi walaupun resolusi tidak dapat diubah netbook tersebut tetap boleh digunakan. Bagi aplikasi pemain media video serta Mp3, Videocam anda boleh menggunakan alternatif dengan menginstall pemain media seperti BS Player Pro, dan untuk Videocam anda boleh menginstall WebcamMax/Cyberlink Youcam.

Semoga bermanfaat..

![-_-]! Terima kasih dan Enjoyy..

0 ulasan:

Catat Ulasan